Pengajian Ahmad Maasom Pergau

Belajar di Makkah

Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau belajar ilmu ulum Al-Quran dengan Qurra Makkah[Penjelasan diperlukan] dengan seorang guru yang terkenal iaitu Syeikh Ahmad bin Abdullah Hijazi selama 5 tahun. Syeikh Ahmad Hijazi belajar dengan Sheikh Abdullah bin Muhammad Qasim As-Sanquri (Tok Senggora), seorang Ajam dari Senggora.[3]

Di Makkah Al Mukarramah juga beliau juga mendapat didikan daripada Syeikh Abdul Samad Fidal dan Syeikh Muhammad Abdul Samad al-Jambi.[2]

Kitab Al Qaul As Sadid karangan guru kepada Ustaz Ahmad Maasom Lakaran Grafik Tuan Guru Ahmad Maasom berserta Syeikh Ahmad Hijazi (Makkah), Sheikh Mahmud Khalil Al-Husory dan Sheikh Taha Al-Fashani (Mesir)

Belajar di Mesir

Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau kemudian berhijrah ke Mesir dan belajar ulum Quran dengan Syeikh Taha Al-Fashani yang merupakan guru kepada Sheikh Mustafa Ismail di Mesir. Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau juga berguru dengan qari terkenal iaitu Sheikh Mahmud Khalil Al-Husory dan Syeikh Abdul Fattah Al-Qadhi. Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau berada di Mesir selama 15 tahun.[2] Setelah berada di Mesir selama 15 tahun mendalami Ulum Al-Quran, Tuan Guru Haji Ahmad Maasom pulang ke tanahair sendiri untuk menabur bakti mengajar ilmu di Kelantan sebelum berhijrah ke Terengganu. Namun, beliau masih berulang-alik ke Kelantan untuk mengajar kelas al-Qurannya.[4]

Beliau merupakan satu-satunya qari negara yang mempelajari tilawah al-Quran dalam tempoh masa yang agak lama iaitu lebih kurang dua puluh tahun daripada ulama al-Quran yang terkenal mengikut kaedah talaqqi dan musyafahah dan mempunyai sanad yang mantap.[2]

Sheikh Mahmud Khalil Al-Husory antara guru Ahmad Ma'som Pergaukitab karya Sheikh Abdullah bin Muhammad Qasim ( Tok Senggora )

Rujukan

WikiPedia: Ahmad Maasom Pergau http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt... http://www.alquran.gov.my/flipbook/JohanQariQariah... http://www.alquran.gov.my/index.php/ms/info-tilawa... http://www.alquran.gov.my/index.php/ms/info-tilawa... http://www.alquran.gov.my/index.php/ms/info-tilawa... https://www.alislamu.com/4915/qiraat-dan-qurra/ https://drive.google.com/file/d/1BylxfCBkrBwJQvAT-... https://drive.google.com/file/d/1BylxfCBkrBwJQvAT-... https://drive.google.com/file/d/1ikHtcyjFlYWG4lz1u... https://drive.google.com/file/d/1nkcxc6e2TmzFFD_l-...